Wednesday, 29 June 2016

Bible tidak saintifik

Pengikut Kristian tidak pernah gagal dalam menunjukkan rasa cintanya kepada Yesus, begitu juga hal nya Yesus terhadap orang yang mengikutnya (Kristian). Mereka akan menjelaskan betapa peritnya tanggungan Yesus di mana dia sanggup menderita demi umatnya. Kasih..kasih..kasih.. Itu lah yang sering kita dengar dari mulut mereka.

Disebabkan cerita kasih Yesus ini, mereka seakan tidak pernah melihat kesalahan yang ada di dalam Bible dan sangat menakjubkan iaitu kesalahan-kesalahan ini adalah sangat banyak di mana sebagai manusia yang normal tidak mungkin dapat menerima kesalahan-kesalahan ini terutamanya jika ianya dianggap sebagai firman Tuhan. Kita tidak perlu membahaskan kesemua kesalahan yang terkandung di dalam Bible, cukup dengan memerhati buku pertama yang dinamakan buku Kejadian.

Kejadian/Genesis 1:1-27


Buku pertama ini ada diselitkan maklumat dari sudut Sains iaitu mengenai penciptaan alam. Ringkasan dari “firman Tuhan” ini adalah seperti berikut

Hari
Perkara
Hari Pertama
Siang dan Malam
Hari Kedua
Langit
Hari Ketiga
Darat, Laut dan Tumbuhan
Hari Keempat
Matahari, Bulan Dan Bintang
Hari Kelima
Binatang Laut, Burung
Hari Keenam
Binatang Darat dan Manusia
Hari Ketujuh
Tuhan Berehat

Ini adalah hasil saintifik yang diajarkan oleh Bible.

  1. Bagaimana siang dan malam boleh terjadi jika tidak ada matahari?
  2. Bagaimana proses fotosintesis untuk tumbuhan dapat berlaku jika tidak ada matahari?


Mereka mungkin mengatakan bahawa ini adalah tidak penting kerana Tuhan berkuasa menciptakan sesuatu tanpa sebab. Ini mungkin alasan mereka yang paling minima untuk menerima hakikat kesalahan ini.

Jika demikian alasannya, ajarkanlah ilmu penciptaan alam melalui Bible ini kepada anak anda. Jika soalan berkenaan penciptaan alam ini ada di dalam peperiksaan, jawablah mengikut ajaran Bible dan lihatlah hasilnya. 

Seorang guru ateis mata pelajaran Sains pun tidak dapat menolong anak anda jika jawapan yang diberikan adalah berpandukan Bible.

Siapa Yang Bersalah?

Melalui pengamatan anda yang bijaksana, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Menurut ulama Kristian buku Kejadian ini ditulis oleh nabi Musa as. Antara Tuhan dan Musa siapakah yang tidak saintifik dalam menyampaikan maklumat ini? 

Kita serahkan kepada umat kristian untuk menjawabnya kerana kitab suci tidak mungkin ada kesalahan.

Ilmu penciptaan alam yang disampaikan oleh nabi Muhammad saw sangat berbeza berbanding Bible. Tidak dengan itu sahaja, ilmu Sains dalam berbagai bidang dari kaca mata Islam adalah sangat jelas dan tepat malah mendapat pengakuan dari pakar-pakar saintis.

Apa Yang Dikatakan Oleh Saintis?

Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Quran Saintifik merakamkan kata-kata dan pandangan para saintis berkenaan ilmu Sains di dalam Quran

1.        Dr. Maurice Bucaille berasal dari Perancis merupakan seorang pakar bedah di dalam bukunya Bible, Quran dan Sains, semasa membicarakan Quran dan Bible dalam konteks astrofizik mengatakan, “Wujudnya perbezaan yang besar antara Quran dan Bible semasa membicarakan berkenaan asal usul alam semesta perlu ditekankan kerana terdapat tuduhan yang mengatakan, semasa menulis Quran, Muhammad saw mencedok dan meniru isi-isi Bible. Tuduhan ini adalah tidak berasas sama sekali terutamanya sekirnya kita berbicara berkenaan kejadian alam. Tidak mungkin wujud seorang manusia yang hidup 1400 tahun dahulu dengan sendirinya mampu membetulkan pandangan-pandangan yang tidak saintifik pada masa itu dan kemudian membuat kenyataan-kenyataan yang hanya baru dapat difahami dan dapat disahkan pada zaman moden ini. (Tambahan daripada itu)Kenyataan Quran berkenaan kejadian alam adalah berbeza daripada Bible.”

2.              Profesor E. Marshall Johnson, Pengerusi Jabatan Anatomi dan Biologi Pertumbuhan, merangkap Pengarah Institut Daniel Baugh, Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia, di Persidangan Perubatan Ketujuh di Saudi Arabia pada tahun 1982 berkata
“Quran tidak hanya menceritakan mengenai perkembangan luaran embrio malah juga menjelaskan perkembangan dalamannya dan maklumat-maklumat ini adalah selari dengan sains kontemporari. Sebagai seorang ahli sains saya hanya dapat berbincang berkenaan perkara yang saya faham. Dalam konteks ini, saya memahami ilmu embriologi dan pertumbuhan manusia dan saya dapat memahami maksud ayat-ayat Quran yang diterjemahkan kepada saya. Justeru, saya dapat menerima hakikat apa yang dikatakan Muhammad saw sebenarnya adalah maklumat daripada Tuhan.”

3.              Dr. Alfed Kroner, Profesor dalam bidang sains geologi
Selepas mengkaji ayat-ayat Quran berhubung permulaan alam semesta, beliau berkata
“Melihat asal usul Muhammad saw, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui tentangnya.”

Maka dengan ini wajarlah nabi Muhammad saw ditempatkan pada kedudukan pertama sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah.
Sebuah buku telah diterbitkan bertajuk The 100 oleh Michael H. Hart iaitu seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Buku ini kemudian diterbitkan pada tahun 1992 oleh Carol Publishing Group dengan tajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Hasil rumusan yang memuatkan seramai 100 orang tokohtelah menempatkan nabi Muhammad saw untuk mengungguli kedudukan tersebut.

Kenapa Muhammad saw?

Beliau berkata “Pemilihan Muhammad saw sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. 

Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu Berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.”

Kekaguman para saintis terhadap nabi Muhammad saw sudah cukup membuktikan bahawa semua yang disampaikan adalah bersumberkan wahyu dari Allah swt. Benarlah firman Allah swt bahawa nabi Muhammad saw tidak bercakap menurut hawa nafsunya:


Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.



Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

(Qs. Al-Najm [53]:3-4)